Apabila si manja berumur 6 bulan ke atas, permakanan
tambahan perlu bagi memberi nutrient (zat makanan ) yang optimum untuk
tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun sesetengah bayi tidak memberi respond yang
memuaskan apabila diberi makanan tambahan. Begitu juga bagi kanak-kanak yang
berumur 1 tahun ke atas ramai ibu bapa meghadapi masalah untuk memujuk mereka
supaya makan.
." mereka lebih suka main dari makan..."
keluhan
sebegini biasa didengar daripada para ibu bapa.
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan
bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini.
1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang. Ini adalah bagi memastikan si manja anda mendapat zat makanan yang seimbang dari segi carbohydrate, protein, lemak , mineraldan lain-lain
2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa
dan setiap hari. Oleh itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada
mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.
3. Optimunkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh optimumkan zat makanan perlu
digunakan setiap kali meyediakan makanan si manja anda. Sesetengah cara masakan
boleh menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut
4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja
supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke
pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daripada awal.
5. Mengalakkan waktu makan yang tetap
Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si
manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini
menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.
6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam
persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam
seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai
oleh si manja anda.
7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang
mengembirakan sudah pasti dia akan tertunggu-tunggu untuk waktu tersebut. Memaksa si
manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap
sikap si manja pada makanan.
8. Cuba mencari sebab masalah permakanan.
Jika si manja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan,
sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit atau etc..maka perlu
dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada
masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut.
9. Memastikan anak makan apabila dia sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya
walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit
badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan
semasa tempoh peyembuhan.
10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu
bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika
didapti perkembangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu
diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jika si manja anda masih tidak menyukai makanan tambahan ,
jangan berputus asa, cuba lagi dan lagi..insya Allah dia pasti dapat permakanan
yang optimun dengan kesungguhan kita..dan jangan lupa berdoa untuk kesihatan
mereka ...
Antara supplement yang saya syorkan untuk kawan2 untuk anak yang ceria dan sihat
NUTRIFERON
--------------> Saya akan ceritakan di entry akan datang.
No comments:
Post a Comment