Thursday, May 8, 2014

[Tonsil bahaya kah kepada kanak-kanak]

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripadasistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.




Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.

=================================================================

Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil adalah :-

1. Demam berterusan atau berulang-ulang kali
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenjar tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

=================================================================
Bahaya ke tak Tonsil ni ?

Macam mana nak tahu jika anak kite terkena jangkitan virus atau bakteria?

 Jika jangkitan virus

Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

 Jika jangkitan bakteria pula

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya 

sebab jangkitan
 virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 

M
akakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.


=================================================================

Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu anak anda :-)

  • Mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla) 

  • chew vit c shaklee

  • Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) 




 ===========================================================
CARA ORDER:

PM kami di sini ➜http://buff.ly/1iYzb9x

Call/SMS/WhatsApp <cergas> ke 013-3595900 (sue)

Atau ADD FB Admin: http://buff.ly/1iYzb9E



Terima Kasih

Tips untuk permakanan yang sihat bagi si manja

Apabila si manja berumur 6 bulan ke atas, permakanan tambahan perlu bagi memberi nutrient (zat makanan ) yang optimum untuk tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun sesetengah bayi tidak memberi respond yang memuaskan apabila diberi makanan tambahan. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas ramai ibu bapa meghadapi masalah untuk memujuk mereka supaya makan.

." mereka lebih suka main dari makan..."
 keluhan sebegini biasa didengar daripada para ibu bapa.

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini.

1. Permakanan seimbang.

Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang. Ini adalah bagi memastikan si manja anda mendapat zat makanan yang seimbang dari segi carbohydrate, protein, lemak , mineraldan lain-lain


2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.

3. Optimunkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh optimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali meyediakan makanan si manja anda. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut 

4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daripada awal.

5. Mengalakkan waktu makan yang tetap

Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.

6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai oleh si manja anda.

7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang mengembirakan sudah pasti dia akan tertunggu-tunggu untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap si manja pada makanan.

8. Cuba mencari sebab masalah permakanan.
Jika si manja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit atau etc..maka perlu dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

9. Memastikan anak makan apabila dia sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan semasa tempoh peyembuhan.

10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapti perkembangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.



Jika si manja anda masih tidak menyukai makanan tambahan , jangan berputus asa, cuba lagi dan lagi..insya Allah dia pasti dapat permakanan yang optimun dengan kesungguhan kita..dan jangan lupa berdoa untuk kesihatan mereka ...


*credit info from Dr Saiful Pakar Kanak-kanak


Antara supplement yang saya syorkan untuk kawan2 untuk anak yang ceria dan sihat



NUTRIFERON

--------------> Saya akan ceritakan di entry akan datang.


Terima Kasih

© SHAKLEE di Sini | Template Designed By Blog Bingkisan Hati