Monday, April 28, 2014

Like,share,Tag and Win GUCCI


[Quiz Magika #5]


Ingin menang original wallet Gucci?.. Berikut yg anda perlu buat


DAN

2) 'LIKE' post ini 
3) 'SHARE' post ini di FB atau di Blog anda (salah satu, samaada blog atau FB diterima) 

4)TAG 3kawan anda 
4) Lengkapkan slogan dibawah ini..post diruangan komen di post ini . Komen yang berbunyi:-




"Diri saya begitu berharga kerana.....

-saya yang beg merah itu -
disamping orang2 yang berharga dalam perjuangan ini



"Diri saya begitu berharga kerana ..
ALHAMDULILLAH  saya dilahirkan sebagai anak sulung 
yang tercatat di surat beranak
sebagai seorang muslim
berbangsa Melayu


sulungnya sebagai pemimpin adik2
sulungnya saya sebagai contoh untuk adik2
sulungnya saya untuk satu tanggungjawap
sebab itu saya kena usaha untuk menjadi seorang MONEY FREEDOM dan TIME FREEDOM

berharganya diri ini sebagai muslim
Tanggungjawap kita adalah untuk beribadah kepada Allah
berharganya satu impian untuk menjadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat
hargai diri seiring dengan doa dan usaha

amin.
ALHAMDULILLAH 
SYUKUR YA RABB
YA RAHMAN ...YA RAHIM
KERANA BERHARGANYA SEORANG HAMBAMU INI "











Tarikh tutup 1 May 2014 jam 10malam.

Terima Kasih

Kepentingan Asid folik untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita


Teks : Nor Suhada Bt Amaran

 Asid Folik dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

 Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di tanam ke dalam rahim.

Sumber Makanan yang mengandungi Asid Folik

• Hati ayam
• Daging, ayam, telur
• Kekacang
• Beras perang, barli, oat
• Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

 Supplement yang mengandungi Asid Folik

Shaklee menyediakan dua produk yang mengandungi asid folik:-




* B Complex
* Vita Lea

Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita dan membantu dalam usaha untuk mendapatkan zuriat..aaamiiin
**********************************************************************************************************************************
Semoga doa dan usaha ini akan dipermudahkan rezeki dari ALLAH..
hidup kena ceria....sebarkan aura positive...
dugaan ini ada hikmahnya kan kawan2...

KUN FA YA KUN
ALLAH dah rencanakan apa yang terbaik untuk kita


**********************************************************************************************************************************

berminat dengan produk shaklee untuk optimumkan tahap kesihatan anda ke arah lebih baik agar dipermudahakn untuk mendapat zuriat dengan izin ALLAH..

SHARING IS CARING
 ♥ whatapp 013-3595900 
NOR SUHADA
ID :1090174

Terima Kasih

TIP USAHA TTC

Catatan mesra dari kawan shaklee di FB  :-) FARAH

***************************************************************************

[ Bila kau nak ada anak? ]

(Saya taipkan perkara ini dalam blog saya meetsbondafarah.blogspot.com..)

Statement paling menyakitkan hati yang disoal oleh orang yang sememangnya tak kenal sapa Allah Rabbul Izzati.

Baik orang tu dah kawen 6 bulan, atau lapan puluh juta tahun pun, tolonglah, janganlah ditanya soalan2 ni pada pasangan suami isteri yang dalam kesedihan ni..

Kalo dia ada anak, dia takkan sorok, dia mesti akan tunjuk dan bawak selalu.. Kalo nampak takda yang mengekori tu, baiklah kita simpan soalan tu dan diam diri saja dari kita sakitkan hati mana-mana pihak. Nak sakitkan hati senang, tapi apalah payahnya nak jaga hati aja kan.

Kadang kalo nak senarai berapa banyak produk yang kita dah guna untuk kesuburan yang ada kat Malaysia ni.. Banyakk.. Semua ada testimoni masing2.. Semua testimoni power2..

Tapi janganla sekali2 lupa.. Kita mintak kat barang atau kat Allah? Kalo kita keluarkan wang berjuta2 pun tak jadi apa kalo kita lupa nak mintak kat Dia.. Sekarang ni, insya Allah, ubah, kita ce senaraikan berapa banyak amalan yang kita dah buat untuk 'pujuk rayu' Allah kurniakan kita zuriat.. Kita pujuk Allah, kita mohon..

Saya sangatlah memahami bagaimana perasaannya bila ditanya orang, 'Bila nak ada anak, bila nak ada anak..'. Lainla kalo gurau ' Eh, dah ada isi yerr.' Kan lain tu bunyinya.

Saya, walaupun penantian tak lah lama mana, tapi rintihan itu terasa.. Ditambah dengan sakit mistik yang saya alami sebaik selepas berkahwin.. Suami jaga saya terlantar berbulan2, dan hanya Allah jugak yang tahu perit pedihnya..

Tak apa, ingin saya berkongsi apa antara amalan yang Allah suka kita buat untuk pujuk rayu Dia.. Dulu tak sungguh2 agaknya, tapi lepas merintih, bengkak mata, Allah bagi jawapan pada saya tak sampai sebulan.. Alhamdulillah.. 

1. Setiap kali sujud terakhir doa sungguh2. Rintih sungguh2. Biar sampai menangis. Biar sejadah basah. Doa biar spesifik. 'Ya Allah, aku nak anak sebab aku takmau aku dan suamiku tiada pewaris.. Aku nak anak sebab aku nK tambahkan lagi ibadah aku dan suamiku.. Ya Allah, jika dengan anak kurniaanmu buat aku makin mencintaiMu, aku mohon kau kabulkanlah permintaanku, Ya Rabbi..'

2. Bakal ibu wajib amal 4 doa ni. Sangat mustajab. Saya sampai skarang wajib baca ketika sujud terakhir dan ulang semula baca doa selepas sembahyang pulak. Bila seorang ibu dah niat nak jadi ibu, jangan gagal untuk mula mengumpul doa.. Sebab doa dan ibu ibarat isi dengan kuku.. Rugi kalo jadi ibu tapi takmau jadi pendoa..

**1. Rabbi habli minassolihin..

**2. Rabbi habli minladunka zurriyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a..

**3. Rabbi la tazarni fardaw wa anta khairuw warisyin)

**4. Subha naman amruhu bainal kaafi wannun.. Subha naman amruhu iza aroo da syai an aiiyaquu la lahu kun faya kun..

===================================================================
Selain tu boleh tambah ayat 74 surah Al Furqan:
Rabbana hablana min azwa jina wazurriyatina qurrota a'yun, wajaalna lil muttaqiina imama..

===================================================================

3. Baca surah Maryam sungguh2. Diulang, sungguh2. Sebab bila kita sungguh2 baru kita dapat rasa kuatnya tarikan ayat tu sejak ayat pertama 'Kaaf, Haa, Yaa, Ainn, Sodd..'

4. Jangan lupa sedekahkan apa saja baik wang atau apapa setiap kali jumpa bayi. Pegang kepala baby, kucup tu dan niatkan yang kita hanya mohon Allah balaskan ganjarannya.

5. Mohon ibu bapa doakan kita. Sebab doa dorang makbulllllll sangat2. Jangan ada benci pada mak ayah mentua ya, sebab mereka adalah mak suami kita, wajib kita taat pada diorang melebihi ketaatan pada mak ayah kita sendiri Kalau ikut hierarki.

Macam saya, kebetulan ibu bapa mentua dan adik2 ipar buat umrah kat Mekah, saya bagi satu buku doa yang saya tulis seniri apa yang saya nak dan beriya-iya mintak tolong ibu mentua saya bacakan tiap kali ketika ziarah di Raudhah, Jabal Nur dan Jabal Rahmah. Allah Maha Kuasa, sehari selepas mereka pulang ke Malaysia, kami dapat khabar gembira. Kuasa Allah. :')

6. Jangan lepaskan hari-hari Jumaat dengan biar berlalu tanpa kita sempat berdoa untuk zuriat kita.. Yaa..

7. Dah setel kat atas ni barulah boleh mulakan ikhtiarkan dengan apapa produk. Contohnya Shaklee yang sinonim dengan GLA, Zink, B Complex dan Vitamin E.. ( Yang ni aja yang saya tahu, yang lain tak tahu pulak.) Nak makan tu pun kena niat yang kita makan ni kerana Allah, bukan nak makan sebab ubat ni power.

Ubat ni penggerak, tapi Allah yang berkuasa untuk gerakkannya.

Allah ada dekat dengan tengkuk kita.. Mengadulah pada Dia..
Semoga Allah muliakan Suamiku, Keempat-empat ibu bapa dan mentuaku, anakandaku Abqary Baihaqi Alzakwani dan saudara-mara Islamku yang banyak membantu.. Amin..

Ikhlas,
Bonda Farah.

Nota : Tiada hakcipta dalam Islam. Amiklah semua yang saya tulis ni untuk dikongsi sebagai manfaat pada bakal ibu2 yang lain.. Semoga Allah selamatkan kita.. Amin.

Terima Kasih

Monday, April 21, 2014

Teknik menarik pelanggan di FB secara percuma

Bayangkan, peluang untuk menjana wang di group FB terbiar begitu sahaja kerana tiada tindakan untuk memasang perangkap ( BUBU ).



Siapa yang perlukan maklumat ini?



Mereka yang selalu post di group FB Tapi, masih mencari jalan untuk menarik perhatian pembaca.

Terima Kasih

Wednesday, April 16, 2014

Selamat datang :-)



Berkongsi ilmu mengenai kebaikan vitamin 

semulajadi dan pentingnya memenuhi keperluan
 nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.


 Hubungi Nor Suhada

 sms/whatsapp ~ 0133595900

 Email: nor.suhada.amaran@gmail.com 

FB fan page: AUFA E-Shop 





Terima Kasih

© SHAKLEE di Sini | Template Designed By Blog Bingkisan Hati